Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon memberikan arahan kepada pemain ketika sesi latihan menjelang kelayakan Piala Asia 2023 di Wisma FAM, Petaling Jaya pada 4 Jun 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harimau Malaya berdepan tuan rumah di Kejohanan Piala Raja Thailand

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: Skuad Harimau Malaya bakal berdepan cabaran getir menentang pasukan tuan rumah pada Kejohanan Piala Raja Thailand di Stadium Chiang Mai, Thailand, 22 September.

Undian kejohanan empat penjuru pada hari ini, menyaksikan Malaysia akan memulakan aksi menentang Thailand pada peringkat separuh akhir.

Satu lagi aksi bakal melihat pertembungan antara pasukan Trinidad & Tobago menentang Tajikistan pada hari yang sama.

Sekiranya skuad kendalian Kim Pan Gon yang kini berada di ranking ke-148 dunia berjaya menundukkan Thailand yang menghuni ranking ke-111 dunia, mereka akan beraksi dalam final menentang sama ada pasukan Trinidad & Tobago (ke-101 dunia) atau pasukan Tajikistan (ke-109 dunia).

Malaysia pernah menjulang piala kejohanan itu bagi empat edisi iaitu pada 1972, 1976, 1977 dan 1978. – BERNAMA


Pengarang :