Logo Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
PBTSELANGOR

MPKL lanjut diskaun kompaun parkir kereta hingga akhir tahun

SHAH ALAM, 12 SEPT: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) melanjutkan tawaran pengurangan kompaun tempat letak kereta sehingga akhir tahun ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata hanya RM10 dikenakan bagi kesalahan dari 2020 sehingga kini manakala RM15 dari 2019 dan tahun sebelumnya.

“Rebutlah peluang ini untuk membayar kompaun tempat letak kereta yang tertunggak.

“Semakan kompaun boleh dilakukan secara Online atau Aplikasi Smart Selangor Parking,” maklumnya menerusi Facebook.

MPKL sebelum ini mengumumkan tawaran pengurangan kompaun tempat letak kereta sehingga 80 peratus selama setahun bermula 9 September tahun lalu sehingga 9 September 2022.

Orang ramai boleh membuat bayaran secara tunai, kredit atau debit di kaunter bayaran MPKL, Jompay dan secara dalam talian.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-3181 1809 atau layari laman sesawang http://www.mpkl.gov.my.


Pengarang :