EXCO Perumahan, Rodziah Ismail bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kos Rendah di Taman Sungai Yu Indah, Kuala Selangor pada 12 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: 104 projek perumahan terbiar dikenal pasti di Selangor

KUALA SELANGOR, 13 SEPT: Sebanyak 104 projek perumahan terbiar di 11 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor setakat ini.

EXCO perumahan dan kesejahteraan bandar berkata jumlah projek terbiar paling banyak dicatat di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dengan 31 projek.

Ia diikuti Majlis Perbandaran Klang (29); Majlis Perbandaran Kajang (13); Majlis Perbandaran Selayang (lapan); Majlis Bandaraya Shah Alam (enam); Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Majlis Perbandaran Sepang masing-masing (lima).

Manakala Majlis Perbandaran Kuala Selangor (empat) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya serta Majlis Daerah Sabak Bernam masing-masing (satu).

“Projek paling lama terbiar adalah pada 1994 dan kedua projek hari ini (semalam) iaitu 1996 dan akhirnya ia siap sepenunhya pada 2022,” kata Rodziah Ismail.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan kunci kepada 10 pembeli rumah kos rendah Taman Sungai Yu Indah di sini semalam.

Katanya, satu sidang media bagi menjawab lebih terperinci mengenai isu perumahan terbiar ini akan diadakan dalam masa terdekat.


Pengarang :