Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau ruang pameran ketika Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 29 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor sedia berdepan banjir, pastikan operasi menyelamat lancar

SHAH ALAM, 29 SEPT: Persediaan Kerajaan Negeri menghadapi banjir hujung tahun ini sudah mencapai tahap 80 peratus termasuk penempatan aset menyelamat di setiap daerah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari baki 20 peratus akan diterjemahkan ketika kejadian sebenar yang melibatkan aspek pergerakan ketika operasi mencari dan menyelamat.

“Yang 20 peratus ini adalah perkara ‘real’ atau tindakan yang perlu dibuat, dari segi pelaporan dan sebagainya. Hari ini juga kita hadapi kejadian sebenar uruskan banjir di Sungai Sireh (Klang) yang berskala kecil.

“Kita sudah belajar daripada episod tahun lepas dan akan tambah baik keperluan lain,” katanya ditemui selepas merasmikan program Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor melibatkan 343 peserta dari 67 agensi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan sebanyak lapan daripada sembilan daerah di Selangor dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ banjir.

Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan daerah terlibat ialah Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor manakala daerah yang tidak disenaraikan ialah Hulu Selangor.


Pengarang :