Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Bentong Young Syefura Othman bergambar bersama penyokong di hadapan pusat penamaan calon di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang pada 5 November 2022. Foto Twitter Young Syefura Othman
AGENDANASIONAL

Tiga penyandang cabar parti asal guna tiket lawan, Bebas di Pantai Timur

SHAH ALAM, 5 NOV: Penyandang tiga kerusi di Pantai Timur terus mahu mempertahankan kemenangan masing-masing tetapi menggunakan simbol parti lawan dan Bebas.

Di Tumpat, bekas pemimpin PAS Datuk Che Abdullah Mat Nawi menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) berdepan Mumtaz Md Nawi (PAS) dan Wan Mohd Johari Wan Omar yang mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN).

Di Kuala Nerus, seorang lagi bekas pemimpin PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali disaingi EXCO kerjaaan negeri Dr Alias Razak (PAS) dan Suhaimi Hashim (HARAPAN).

Young Syefura Othman yang mewakili HARAPAN dicabar penyandang Wong Tack yang bertanding Bebas selepas digugurkan daripada mewakili gabungan tersebut. Bekas ahli parlimen dan menteri Tan Sri Liow Tiong Lai kekal mewakili BN.

Berikut beberapa kerusi dan calon menarik yang perlu diperhatikan di Pantai Timur:

KELANTAN

P019 Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi (BN)** berdepan Wan Mohd Johari Wan Omar (HARAPAN) dan Datuk Mumtaz Md Nawi (PAS)
P022 Pasir Mas Datuk Husam Musa (HARAPAN) cabar Ahmad Fadhli Shaari* (PAS) dan Datuk Ab Ghani Harun (BN)
P024 Kubang Kerian TDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man* (PAS) dicabar Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah (HARAPAN), Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi (BN) dan Mohamad Rizal Razali (Pejuang)

TERENGGANU

P035 Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (BN)** disaingi Datuk Dr Alias Razak (PAS) dan Datuk Seri Suhaimi Hashim (HARAPAN)
P037 Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang* (PAS) dicabar Azhar Ab Shukur (HARAPAN), Jasmira Othman (BN) dan Dr Zarawi Sulong (Pejuang)

PAHANG

P089 Bentong Young Syefura Othman (HARAPAN*) disaingi Tan Sri Liow Tiong Lai (BN)
P090 Bera Ismail Sabri Yaakob* (BN) dicabar Abas Awang (HARAPAN) dan Datuk Asmawi Harun (PN)

* selepas nama = penyandang parti sama
* selepas parti = parti tukar calon
** penyandang menang atas tiket parti lawan


Pengarang :