Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar kenangan bersama ahli Penggerak Belia Selangor (PeBS) dari DUN Bandar Utama sempena majlis penyerahan watikah di Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam pada 24 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

RM2.83 juta perkasa program, rancak aktiviti pengerak belia

SHAH ALAM, 25 NOV: Sebanyak RM2.83 juta diperuntuk untuk melaksanakan program dan aktiviti Penggerak Belia Selangor (PeBS) tahun depan.

Dato’ Menteri Besar berkata peruntukan itu bagi memastikan agenda pembangunan generasi muda dan sukan terlaksana lebih inklusif dan berdaya saing.

“PeBS ditubuhkan sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri dan belia bagi memastikan golongan itu mempunyai platform dalam usaha untuk memperkasakan agenda belia,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

PeBS dijenamaan semula pada 2021 dari Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang mula diperkenalkan sejak 2009. Pemimpin belia setempat itu memainkan peranan sebagai ejen penggerak kepada agenda pembangunan generasi muda di setiap Dewan Undangan Negeri.


Pengarang :