Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Ng Suee Lim bercakap kepada media selepas tamat sesi perbahasan sidang DNS, Shah Alam pada 11 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Speaker: Belanjawan negeri terurus meski negara berdepan inflasi

SHAH ALAM, 28 NOV: Kerajaan Negeri masih mampu menguruskan kewangan dengan baik meskipun negara berdepan dengan cabaran inflasi.

Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim berkata ia dibuktikan menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2023 baru-baru ini.

“Bajet yang dibentangkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersifat komprehensif dan menumpukan setiap lapisan masyarakat.

“Walaupun negara berdepan dengan inflasi tetapi disebabkan pengurusan kewangan yang mampan kita berjaya menambah kutipan hasil lebih daripada sasaran berbanding tahun lepas,” katanya ketika dihubungi.

Suee Lim yang juga ahli dewan negeri Sekinchan berkata berdasarkan pemerhatiannya tiada mana-mana negeri mampu tandingi Selangor.

“Baucar Jom Shopping dinaikkan 100 peratus manakala elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), ketua kampung tradisi, ketua kampung baru/bagan serta ketua komuniti India turut dinaikkan kepada RM1,500.

“Inilah yang berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, semua kenaikan ini yang mana kurang daripada paras garis kemiskinan,” katanya.

Jumaat lepas, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan 2023 memaklumkan Kerajaan Selangor memperuntuk RM2.45 bilion sebagai persediaan mendepani kelembapan ekonomi tahun depan.


Pengarang :