Orang ramai memakai pelitup muka bagi mencegah penularan Covid-19 ketika membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada 10 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 2,022 kes baharu, empat lagi kematian termasuk satu di Selangor

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 28 NOV: Sebanyak 2,022 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 4,986,294 kes.

Mengikut data di portal KKMNOW jumlah kes aktif adalah sebanyak 27,207 dengan 361 pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi.

Data sama menunjukkan empat kematian direkodkan dengan satu kes di Selangor dan masing-masing satu di Sabah, Terengganu dan Perak.

Berikut pecahan kes mengikut negeri/wilayah:

Selangor (768)
Kuala Lumpur (159)
Sabah (154)
Kedah (148)
Pulau Pinang (134)
Melaka (128)
Sarawak (87)
Kelantan (81)
Perak (75)
Pahang (65)
Negeri Sembilan (59)
Terengganu (55)
Putrajaya (54)
Johor (37)
Labuan (10)
Perlis (8)


Pengarang :