SHAH ALAM, 10 JAN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan menyampaikan amanat tahun baharu 2023 esok.
Amanat disampaikan secara langsung itu didakan di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini bermula 8 pagi.
Orang ramai juga boleh mengikutinya menerusi Facebook Amirudin dan Media Selangor.
“Ikuti Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 yang akan disiar secara langsung pada Rabu 11 Januari 2023 jam 8:00 pagi di Amirudin Shari dan Media Selangor,” katanya menerusi Twitter.