Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama penjawat awam selepas menyampaikan amanat tahun baharu di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 11 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rancangan Selangor Pertama kemuncak agenda pembangunan negeri

SHAH ALAM, 11 JAN: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) merupakan kemuncak agenda pembangunan negeri yang dirancang dalam tempoh beberapa tahun ini, Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata menerusi Belanjawan Selangor 2019, dasar klusterisasi ekonomi dirangka supaya kemajuan dapat dirancakkan ke segenap kawasan tanpa tertumpu kawasan maju seperti Petaling dan Klang sahaja.

“Dari klusterisasi ini kita kembangkan gugusan ekonomi dan rancang pembangunan. Kemuncak perancangan lahirlah RS-1 yang mempunyai beberapa tiang penting kepada pembangunan wilayah.

“Sebab itu wujudnya Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS), Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) dan Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (ZPE-SMG),” katanya menyampaikan amanat 2023 di sini hari ini.

Amirudin berkata projek terbabit bukan untuk pengembangan ekonomi semata sebaliknya memastikan capaian kemajuan luar bandar bersama keunikan tersendiri.

“Tidak dinafikan, Selangor merupakan negeri termaju dan pesat membangun. Walaupun begitu, kemajuan dan pembangunan menjadi kosong, tanpa makna sekiranya kita hanya tumpu pembangunan gedung mewah dan besar semata-mata.

“Saya berazam menjadi pemimpin yang berjaya merancakkan ekonomi, memperligat aktiviti perniagaan serta pembangunan infrastruktur sekali gus memperhebat penyertaan rakyat Selangor dalam penciptaan nilai dalam ekonomi,” katanya.


Pengarang :