AGENDANASIONAL

2,500 kad komunikasi medan dekat Touch n Go untuk pembayar cukai terawal

SHAH ALAM, 2 FEB: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menawarkan 2,500 kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go eksklusif kepada pembayar cukai terawal yang bertuah.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan tempoh tawaran itu terhad bermula 1 Januari hingga 28 Februari ini.

“Jangan lepaskan peluang menyertai cabutan bertuah MPKL dan berpeluang memiliki kad NFC Touch ‘n Go eksklusif.

“Terhad kepada 2,500 kad sahaja dan senarai pemenang akan diumumkan pada Mac nanti,” katanya menerusi Facebook.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Bahagian Hasil MPKL di talian 03-3853 0303 sambungan 1213 atau melalui Whatsapp 019-471 6755.

Berikut adalah syarat penyertaan cabutan bertuah kepada pendaftar E-Bil dan pembayar cukai terawal:

1. Daftar E-Bil cukai taksiran

2. Bayaran setahun cukai taksiran 2023

3. Tiada tunggakan cukai lepas


Pengarang :