Pasukan petugas kesihatan menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma kepada penduduk Hulu Langat pada 12 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: 255 kes baharu semalam, empat kematian dilaporkan

SHAH ALAM, 11 FEB: Sebanyak 255 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Jumaat dengan tiga daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan 5,039,067.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, empat kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, namun tiada kematian melibatkan di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia 36,950 kes.

Kes sembuh pula 306 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,992,386 kes, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan 9,731 dengan 9,392 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 327 pesakit dirawat di hospital dengan 12 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU).


Pengarang :