EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud (empat kanan) bergambar selepas memotong riben simbolik perasmian Forum sembang sihat ‘Bagaimana pemakanan mempengaruhi kesihatan anda’ anjuran Beauty With Brain (5A) di Galabites Lounge, Bukit Jelutong pada 11 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDAEXCONASIONALSELANGOR

Kerajaan Negeri bantu ringankan beban pengasuh dari rumah untuk berdaftar

SHAH ALAM, 11 FEB: Kerajaan Negeri akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memberi kelonggaran kepada pengasuh dari rumah untuk berdaftar.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata beliau mendengar keluhan pengasuh dari rumah yang mendakwa sukar mendapat kelulusan PBT berikutan kerenah birokrasi dan caj yang mahal.

“Saya mendapat tahu pengasuh dari rumah, terutamanya yang menjaga lebih daripada empat kanak-kanak, sukar untuk mendapatkan kebenaran PBT.

“Jadi, saya telah bertemu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk selesaikan hal ini. KPWKM seterusnya merujuk hal ini kepada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya.

Forum sembang sihat ‘Bagaimana pemakanan mempengaruhi kesihatan anda’ anjuran Beauty With Brain (5A) di Galabites Lounge, Bukit Jelutong pada 11 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Forum Sembang Sihat Wanita Berdaya Selangor di Pusat Komersial Radia Bukit Jelutong di sini, hari ini.

Dr Siti Mariah menjelaskan KPKT telah memberi kebenaran kepada Kerajaan Negeri untuk mengubah syarat kebenaran tersebut bagi meringankan beban pengasuh dari rumah untuk berdaftar.

“Kita mahu suri rumah yang menjalankan pekerjaan sebagai pengasuh ini berdaftar kerana mereka juga adalah aset negara dalam membantu kelangsungan ekonomi,” katanya.

Menurut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308), pengasuh di rumah yang menjaga antara empat hingga sembilan kanak-kanak perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Pengarang :