Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pencemaran bau: Bekalan air mula disalur secara berperingkat 6.30 pagi

SHAH ALAM, 12 FEB: Bekalan air bersih ke kawasan terlibat insiden pencemaran bau seakan diesel di muka sauk Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) mula disalur kepada pengguna jam 6.30 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan (rujuk kawasan di lampiran) yang terlibat adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 telah beroperasi sepenuhnya berikutan henti tugas sementara disebabkan insiden pencemaran bau yang telah dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang.

“Berikutan itu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula pada jam 6:30 pagi, 12 Februari 2023 (Ahad),” katanya menerusi Facebook.

Menurut Air Selangor, pihaknya terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna.

“Keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya menerusi Facebook.

 

 


Pengarang :