AGENDANASIONAL

Bekalan air di Gombak hampir pulih sepenuhnya takat 10 pagi

SHAH ALAM, 12 FEB: Bekalan air semua kawasan di Gombak yang terlibat pencemaran Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang hampir pulih sepenuhnya setakat 10 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berharap pengguna yang telah mendapat bekalan  menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan berjalan seperti yang dijadualkan.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” maklumnya menerusi Facebook.

Semalam Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau tersebut dikenal pasti berpunca daripada tumpahan minyak aktiviti jentera berat (diesel) di keseluruhan lembangan Sungai Selangor.

Susulan itu, LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 terpaksa dihenti tugas menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di lapan wilayah Air Selangor.

Berikut kawasan yang pulih bekalan air:


Pengarang :