Penduduk di kawasan terjejas beratur mengambil bekalan air disediakan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Foto Facebook AIR SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Status pemulihan bekalan air capai 52 peratus

SHAH ALAM, 12 FEB: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas disebabkan insiden pencemaran bau seakan diesel di muka sauk LRA Rantau Panjang semalam mencapai 52 peratus setakat jam 12 tengah hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan daerah Hulu Selangor pulih sepenuhnya manakala Gombak mencapai 99 peratus, Petaling (41 peratus) dan Kuala Selangor (36 peratus).

Sementara kawasan Klang dan Shah Alam mencapai 22 peratus dan Kuala Langat masih belum pulih sepenuhnya.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” maklum agensi itu di Facebook hari ini.

Air Selangor berharap pengguna yang telah mendapat bekalan air menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

Senarai kawasan yang belum pulih adalah seperti di lampiran berikut.

 


Pengarang :