Tebing di Taman Bukit Kuchai, Puchong runtuh susulan hujan lebat pada 12 Februari 2023. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya
PBTSELANGOR

Tebing runtuh, pokok tumbang akibat hujan lebat, MBSJ pantas ambil tindakan

SHAH ALAM, 13 FEB: Hujan lebat beberapa jam petang semalam menyebabkan tebing di Taman Bukit Kuchai, Puchong runtuh.

Bagaimanapun Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memaklumkan kejadian tidak melibatkan sebarang kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa.

“Susulan itu pasukan pantas mengambil tindakan menutup kawasan tebing menggunakan kanvas serta meletakkan tanda amaran bagi menjamin keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya.


Kejadian pokok tumbang menyebabkan kereta yang diparkir berhampiran rosak dalam kejadian hujan lebat pada 12 Februari 2023. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya

“Jabatan kejuruteraan juga akan memeriksa aspek pergerakan tanah untuk tindakan lanjut,” katanya di Facebook hari ini.

PBT itu memaklumkan hujan lebat turut mengakibatkan beberapa pokok tumbang hingga menghalang lalu lintas selain menyebabkan kerosakan harta benda.

“Hari ini lima anggota pasukan pantas melakukan kerja pemotongan dan pengalihan pokok supaya jalan terlibat boleh dilalui semula,” katanya.


Pengarang :