AGENDANASIONAL

Empat kawasan terima bekalan air sepenuhnya, tiga lagi hampir pulih

SHAH ALAM, 13 FEB: Status pemulihan bekalan air di semua kawasan terjejas berikutan pencemaran di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang mencapai 94 peratus setakat jam 12 tengah hari tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kawasan yang pulih adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Status pemulihan di Kuala Selangor pula mencapai 99 peratus manakala Klang dan Shah Alam (83 peratus).

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor,” maklum agensi itu menerusi Facebook.

Air Selangor meminta pengguna yang telah mendapat bekalan air supaya menggunakan secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

Kelmarin, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau tersebut dikenal pasti berpunca daripada tumpahan minyak aktiviti jentera berat (diesel) di keseluruhan lembangan Sungai Selangor.

Susulan itu, LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 terpaksa dihenti tugas menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di lapan wilayah Air Selangor.

Berikut kawasan yang belum pulih:


Pengarang :