Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKIN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pencemaran bau: Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 6 pagi esok

SHAH ALAM, 13 FEB: Bekalan air semua kawasan terlibat pencemaran bau seakan di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang pada Sabtu dijangka pulih sepenuhnya jam 6 pagi esok.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi Facebook memaklumkan setakat jam 4 petang tadi pemulihan mencapai 95 peratus.

“Bekalan air telah disalurkan kepada pengguna secara berperingkat-peringkat dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 14 Februari 2023,” maklumnya.

Jelas Air Selangor pemulihan bekalan air bergantung kepada tekanan air pada sistem agihan, faktor muka bumi dan jarak jajaran pain dan jarak lokasi premis pengguna.

“Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,”katanya lagi.

Sabtu lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau tersebut dikenal pasti berpunca daripada tumpahan minyak aktiviti jentera berat (diesel) di keseluruhan lembangan Sungai Selangor.

Susulan itu, LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 terpaksa dihenti tugas menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di lapan wilayah Air Selangor.

Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang masih belum pulih di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com serta aplikasi Air Selangor.


Pengarang :