Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Air Selangor: Bekalan di tujuh wilayah pulih sepenuhnya 6 pagi tadi

SHAH ALAM, 14 FEB: Bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas susulan pencemaran bau seakan diesel di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang pada Sabtu, pulih sepenuhnya jam 6 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan wilayah tersebut meliputi Petaling (369 kawasan), Gombak (278 kawasan), Hulu Selangor (30 kawasan), Klang dan Shah Alam (189 kawasan), Kuala Langat (3 kawasan) dan Kuala Selangor (168 kawasan).

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” kata agensi itu di Facebook.

Sabtu lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau tersebut dikenal pasti berpunca daripada tumpahan minyak aktiviti jentera berat (diesel) di keseluruhan lembangan Sungai Selangor.

Susulan itu, LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 terpaksa dihenti tugas menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di tujuh wilayah Air Selangor.


Pengarang :