Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar dan Biasiswa Selangor Bitara di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 31 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Permohonan Biasiswa Khas MB untuk lanjut pengajian dibuka hingga 1 Mac

SHAH ALAM, 14 FEB: Anak Selangor yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi boleh memohon Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara sehingga 1 Mac ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan permohonan tersebut khusus buat mereka yang ingin menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda hingga doktor falsafah.

“Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) membuka tawaran ini sehingga 1 Mac 2023.

“Moga dapat membantu mahasiswa mengejar impian masing-masing,” maklumnya di Facebook hari ini.

Kriteria dan permohonan boleh disemak melalui pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my/ atau hubungi 03-5521 2275, 03-5544 7543 serta e-mel [email protected].

Permohonan biasiswa itu dibuka sejak 26 Januari dengan pembiayaan berbentuk biasiswa penuh dan pinjaman boleh ubah bagi melanjutkan pengajian ke 100 unversiti terbaik dunia (QS World Ranking 2023).

 


Pengarang :