AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir di seluruh Selangor sehingga 4 petang ini

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 14 FEB: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal ribut petir dan hujan lebat sehingga 4 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) turut memaklumkan beberapa daerah di Perak iaitu Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim; Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Pekan) diramal mengalami cuaca sama.

Menurut jabatan itu turut terlibat ialah Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin); seluruh Melaka, Johor (Tangkak dan Kota Tinggi) serta Sabah (Pedalaman Beaufort dan Pantai Barat Papar).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata jabatan itu menerusi Facebook.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :