Tinjauan situasi banjir dari udara sekitar daerah Pitas, Sabah pada 26 Januari 2023. Foto Pasukan Gerakan Udara PDRM Pangkalan Sabah
AGENDANASIONAL

Amaran hujan berterusan beberapa kawasan di Sabah mulai esok hingga Jumaat

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di beberapa kawasan di Sabah bermula esok sehingga Jumaat (17 Feb).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini, hujan berterusan dijangka berlaku di Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu, amaran hujan lebat (peringkat kuning) yang diramal di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang kini ditamatkan.

— BERNAMA


Pengarang :