Peserta Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 diberi bunga telur sebelum dikhatankan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 2 Mac 2022. Foto ihsan Borhan Aman Shah
AGENDANASIONAL

800 kanak-kanak dijangka sertai khatan perdana sempena cuti sekolah

KUALA SELANGOR, 14 FEB: Lebih 800 kanak-kanak dijangka menyertai program berkhatan beramai-ramai pada cuti persekolahan kali ini, kata EXCO pembangunan luar bandar.

Borhan Aman Shah berkata kesemua mereka merupakan peserta yang tidak sempat menyertai program Sunathon Perdana Disember lalu.

Borhan Aman Shah. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Kita memang ada perancangan untuk anjurkan majlis berkhatan itu tetapi pelaksanaannya masih dibincangkan dan belum dimuktamadkan lagi.

“Kemungkinan kita akan buat program tersebut mengikut zon atau daerah bagi memudahkan peserta dan ibu bapa,” katanya selepas merasmikan Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati di sini, hari ini.

Tahun lalu, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM500,000 bagi menjayakan program khatan percuma yang memberi manfaat 3,300 kanak-kanak.


Pengarang :