Kawasan parkir terhad menyukarkan orang ramai yang mahu berurusan di bangunan berhampiran sekitar Petaling Jaya. Foto SHEEDA FATHIL
PBTSELANGOR

MPKL tawar potongan kompaun parkir sehingga RM15

SHAH ALAM, 14 FEB: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kereta bermula hari ini sehingga 30 Jun depan.

MPKL menawarkan pengurangan RM10 bagi bayaran kompaun dalam tempoh 24 jam manakala RM15 bagi kesalahan pada 2022 dan tahun sebelumnya.

“Rebutlah peluang ini untuk membayar kompaun tertunggak anda sebelum tindakan mahkamah diambil.

“Pembayaran boleh di buat dengan mudah melalui aplikasi Smart Selangor Parking atau di kaunter bayaran MPKL,” maklumnya di Facebook.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Unit Warden Lalu Lintas, Jabatan Penguatkuasaan MPKL di talian 03-3181 1809 atau 012-300 4897 (WhatsApp).


Pengarang :