ANKARA, 14 FEB: Dua orang diselamatkan daripada runtuhan di Turkiye selepas 198 jam gempa bumi dahsyat melanda tenggara negara itu, lapor Sputnik, memetik media Turkiye pada Selasa.
Menurut penyiar TRT Haber, mereka diselamatkan di wilayah Kahramanmaras yang merupakan pusat gempa bumi itu.
Pada 6 Februari, sebahagian Turkiye dan Syria dilanda beberapa siri gempa bumi kuat dan gegaran susulan.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/02/2023-02-14T080230Z_1_LYNXMPEJ1D09A_RTROPTP_4_TURKEY-QUAKE-SURVIVORS-500x333.jpg)
Muhammed Enes Yeninar, 17, terselamat dalam gempa bumi yang melanda Adiyaman, Turkiye selepas 198 kejadian itu berlaku pada 14 Februari 2023. Foto Ismail Coskun/Ihlas News Agency (IHA)/REUTERS
Jumlah kematian akibat gempa bumi itu melebihi 31,500 di Turkiye manakala di Syria, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan jumlah korban seramai 8,500 dengan Kementerian Kesihatan Syria berkata angka kematian di kawasan yang dikawal kerajaan melebihi 1,410 orang.
-BERNAMA