AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah bantuan rakyat buka tirai di Klang, Hulu Selangor hujung minggu ini

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 15 FEB: Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) bagi mempromosi pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat membuka semula tirainya hujung minggu ini.

Program yang dahulu dikenali sebagai Jelajah Selangor Penyayang (JSP) menyaksikan daerah Klang sebagai lokasi pertama penganjuran dalam acara yang bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Jelajah itu dijadual berlangsung di Flat Seri Perantau, Klang pada Sabtu sebelum diteruskan ke
ke daerah Hulu Selangor di Oasis Batang Kali pada waktu sama keesokan harinya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan program berkenaan akan berlangsung sehari bagi setiap lokasi dengan pengisian lebih padat.

Program yang dianjurkan bermula Jun tahun lalu menyediakan pelbagai acara antaranya saringan kesihatan percuma, jualan barangan asas murah, pameran dan acara sukan.

Jelajah yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sebelum ini dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta bagi memberi manfaat kepada rakyat Selangor.


Pengarang :