Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di iringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menikmati makan tengahari di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, Sepang pada 17 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sejarah dalam hidup dapat jamu nasi ayam kepada pemimpin negara

SEPANG, 17 FEB: Pemilik gerai nasi ayam hainan di pusat penjaja Taman Putra Perdana di sini teruja dapat menjamu pemimpin negara dengan hasil masakannya.

Shaffek Affendi Abdul Malek,51, berkata ini kali pertama beliau berpeluang menjamu pemimpin negara sejak 15 tahun berniaga.

“Saya teruja ibarat sejarah dalam hidup julung kali pemimpin seperti perdana menteri dan menteri besar nak makan nasi ayam yang ‘tidak seberapa’ ini.

Pemilik Gerai Nasi Ayam Hainan, Shaffek Affendi Abdul Malik pada 17 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Saya bersyukur orang nombor satu negara dan pemimpin lain memilih untuk makan nasi ayam hainan di pusat penjaja ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya resepi nasi ayam hainan yang dijual dipelajari sejak 1993 tetapi hanya mula berniaga kira-kira 15 tahun.

“Dulu saya bekerja dengan orang, jadi saya pelajari resepi nasi ayam hainan ketika bekerja di kedai itu,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa kira-kira 30 minit menikmati makan tengah hari di pusat penjaja Taman Putra Perdana.

Beliau yang diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari tiba jam 12.40 tengah hari dan memilih untuk menikmati menu nasi ayam hainan sebelum menunaikan solat Jumaat.

Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu disambut meriah oleh pengunjung yang teruja mahu bergambar, beramah mesra dan bersalaman dengannya.

 


Pengarang :