Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Kinrara Rachel Lee (dua kiri) bersama Pengarah PERKESO Negeri Selangor Ismail Abi Hashim (dua, kanan) menziarahi Siti Zubaidah Omar di Taman Puchong Perdana, Subang Jaya pada 21 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Kinrara tolong ibu tunggal daftar bantuan bulanan, skim insurans negeri

SUBANG JAYA, 21 FEB: Pusat khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara mendaftarkan seorang balu sebagai penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bagi meringankan beban wanita itu.

Penyelarasnya Rachel Lee turut membantu Siti Zubaidah Omar,31, dan anaknya berusia setahun 10 bulan mendaftar Skim Insurans Am Selangor (INSAN) bagi perlindungan diri.

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kinrara Rachel Lee. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Kita bersimpati dengan Siti Zubaidah yang kehilangan suami akibat kemalangan pada 2 Januari lalu. Jadi hari ini kita dapatkan segala dokumen bagi melayakkan mereka menerima bantuan Kerajaan Negeri.

“Bingkas membolehkan Siti Zubaidah menerima wang tunai RM300 sebulan dan bantu kelangsungan hidupnya pada masa akan datang,” katanya selepas menziarahi Siti Zubaidah bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kinrara, Rachel Lee (tiga, kanan) menyerahkan bayaran Perkeso kepada balu arwah Mohd Zaidi Kamaruddin. Turut hadir Pengarah Perkeso Selangor Ismail Abi Hashim (kiri) pada majlis penyerahan bayaran Perkeso di Taman Puchong Perdana, Subang Jaya pada 21 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Terdahulu Pengarah Perkeso Selangor Ismail Abi Hashim menyerahkan faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 selain memaklumkan ibu tunggal berkenaan layak menerima faedah bulanan RM1,395.

Pada 2 Februari, suami Siti Zubaidah, Mohd Zaidi Kamaruddin, 31, pekerja di sektor p-panggilan maut selepas terlibat kemalangan ketika sedang berkerja.


Pengarang :