Penduduk sekitar mengambil peluang membeli barangan keperluan asas di Jelajah Ehsan Rakyat DUN Kuang bertempat Azalea Court Tasik Puteri, Rawang pada 22 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

DUN Kuang hasrat anjur 10 lagi jualan murah, bantu penduduk B40 berjimat

Oleh DIANA ABD WAHAB

GOMBAK, 22 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang berhasrat menganjur 10 lagi program jualan murah di lokasi terpilih sehingga Mei depan.

Penyelarasnya Salasiah Disa berkata langkah itu bertujuan meringankan beban majoriti penduduk yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40).

Penyelaras DUN Kuang Salasiah Disa. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Bandar Tasik Puteri mempunyai 10 kawasan flat kos rendah antaranya Sandalwood, Pinewood, Maplewood dan lain-lain yang penduduknya mencecah 20,000 orang.

“Memandangkan harga barang mahal kita ambil inisiatif anjur jualan murah. Setakat ini kita sudah anjur 10 kali program jualan murah di pelbagai lokasi dalam DUN Kuang bagi bantu mereka beli barangan murah dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jelajah Ehsan Rakyat DUN Kuang di Azalea Court Tasik Puteri di sini.

Program yang bermula jam 10 pagi menyaksikan lebih 400 pengunjung sekitar DUN berkenaan hadir bagi mendapatkan barangan keperluan asas.

Penduduk sekitar mengambil peluang membeli pelbagai barangan yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jelajah Ehsan Rakyat DUN Kuang di Azalea Court Tasik Puteri, Rawang pada 22 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Menurut Salasiah bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada kekosongan slot disediakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“DUN Kuang telah 52 kali menganjurkan program jualan murah sejak tahun lalu dan kira-kira 10,000 keluarga di kawasan tersebut telah menerima manfaat,” katanya.


Pengarang :