Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerajaan peruntuk lebih RM26 juta baiki jalan di Klang tahun ini

SHAH ALAM, 22 FEB: Lebih RM26 juta diperuntuk tahun ini bagi membaiki kerosakan jalan sekitar Parlimen Klang, kata menteri kerja raya.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia merangkumi 14 kerja penurapan berkala membabitkan belanja RM16.4 juta manakala sebanyak RM9.6 juta untuk 29 kerja bukan turapan.

“Kerja ini akan dilaksanakan tertakluk kepada nilai keseluruhan peruntukan yang diluluskan kementerian kewangan.

“Senarai keutamaan pembaikan berdasarkan analisa tahap kerosakan jaringan jalan persekutuan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau meminta penjelasan berhubung tindakan kerajaan meningkatkan kualiti tar untuk pembinaan jalan utama.

Ahli Parlimen Kapit itu turut menjelaskan lebih RM13 juta diluluskan tahun lalu bagi kerja pembaikan jalan daerah berkenaan.

“Daripada jumlah itu RM11.6 juta untuk penyenggaraan kerja penurapan berkala, RM323,000 kerja bukan penurapan dan RM1.7 juta bagi penyenggaraan rutin,” katanya.


Pengarang :