Petugas PKPS membuat persiapan untuk jualan Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Batu Tiga di Seksyen 24 Shah Alam.pada 21 Januari 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Ijok, Sijangkang antara sembilan lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 22 FEB: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) anjuran Kerajaan Negeri yang menawarkan barangan asas murah berbanding harga pasaran diteruskan ke sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Jualan murah yang bertujuan meringankan beban rakyat menawarkan barangan seperti ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Berikut lokasi Jelajah Ehsan Rakyat:

  • Surau Rahimiah, Parit 5 Gambut (DUN Sungai Panjang)
  • Perkarangan Balai MPKK Kampung Parit Serong (DUN Permatang)
  • Kedai Makan Tok Ramli, Kampung Assam Jawa (DUN Bukit Melawati)
  • Kampung Bukit Badong (DUN Ijok)
  • Jalan 38, Kampung Cheras Baru (DUN Pandan Indah)
  • Kompleks Penghulu Beranang (DUN Semenyih)
  • Dataran Puchong Permai (DUN Seri Serdang)
  • Pusat Khidmat Kinrara (DUN Kinrara)
  • Balairaya Kampung Batu 9, Kebun Bharu (DUN Sijangkang)

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS atau merujuk Facebook PKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :