Peserta mengikuti kursus pensterilan (retort) makanan anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Hijrah Selangor di Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 11 Februari 2023. Foto Facebook Hijrah Selangor
AGENSISELANGOR

18 peserta sertai kursus steril makanan, pes sambal anjuran MDSB-Hijrah

SHAH ALAM, 22 FEB: Seramai 18 individu menyertai kursus pensterilan (retort) makanan anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam di Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 11 Februari.

Program anjuran bersama Hijrah Selangor turut mengajar peserta dalam kalangan belia, ibu tunggal dan usahawan menghasilkan pes sambal dengan cara mudah.

“Hasil dari kursus ini boleh digunakan oleh peserta untuk memulakan perniagaan baru bagi meningkatkan ekonomi keluarga atau kegunaan sendiri pada masa akan datang,” tulis agensi itu di Facebook.

Menerusi kaedah retort, Hijrah berkata makanan yang dihasilkan boleh bertahan selama dua tahun di luar peti ais.

Peserta menerima sijil setelah tamat kursus pensterilan (retort) makanan anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Hijrah Selangor di Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 11 Februari 2023. Foto Facebook Hijrah Selangor

 


Pengarang :