AGENDANASIONAL

Bernas sumbang 30 peratus untung bersih kepada pesawah

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 24 FEB: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarikat tersebut juga bersetuju menyumbang sejumlah dana RM60 juta bagi membantu pesawah miskin.

“Saya sekali lagi ucap terima kasih dan penghargaan atas kesudian Bernas untuk menyumbang sejumlah dana bagi membantu para pesawah miskin.

“Ini tentunya dapat membantu dan menambah keperluan hidup para pesawah,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Menurut Anwar kerajaan juga meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion.

“Sumbangan tunai ini turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta,” katanya.


Pengarang :