SHAH ALAM, 24 FEB: Kadar cukai pendapatan golongan M40 dikurangkan sebanyak dua peratus mulai tahun ini, kata Perdana Menteri.
“Bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000.
“Pengurangan ini dijangka memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.