Pegawai Daerah Kuala Langat Muhammad Heeza Hassan (depan, tengah) bergambar bersama tenaga pengajar Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis di Kampung Sungai Manggis, Kuala Langat di dewan terbuka yang siap dibina pada 5 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Warga sekolah lega dewan terbuka siap dibina, manfaat 600 pelajar

KUALA LANGAT, 6 MAC: Warga Sekolah Rendah Agama (SRA) Integrasi Kampung Sungai Manggis menarik nafas lega selepas dewan terbuka yang dibina sejak tiga tahun lalu siap sepenuhnya.

Guru besarnya Noryani Mohd Yusof berkata dewan itu bakal memanfaatkan lebih 600 pelajar dengan penganjuran pelbagai aktiviti termasuk perhimpunan harian.

“Perhimpunan harian biasanya dilakukan di luar tetapi adanya dewan ini pelajar tidak perlu lagi berpanas dan berkumpul dengan selesa.

“Malah, mereka juga kini boleh menggunakan dewan untuk aktiviti sekolah termasuk pendidikan jasmani sekiranya hujan,” katanya kepada Selangorkini.

Terdahulu, Pegawai Daerah Kuala Langat Muhammad Heeza Hassan dan Ahli Dewan Negeri Banting Lau Weng San hadir merasmikan dewan terbuka tersebut.

Mengulas lanjut, Noryani berkata dewan itu dibina sejak 2020 tetapi mengalami kelewatan susulan masalah kekurangan peruntukan.

“Alhamdulillah, dewan berkonsepkan terbuka ini selesai dibina dengan memperuntuk kos kira-kira RM245,000 dengan bantuan pelbagai pihak antaranya Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) dan wakil rakyat.

“Bukan itu sahaja, ibu bapa pelajar dan kilang swasta juga turut memberi sumbangan supaya dewan terbuka yang mempunyai kemudahan pentas,” katanya.

 


Pengarang :