EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail ketika sidang media selepas majlis penyerahan permit niaga dan peranti ‘cashless’ kepada peniaga bazar Ramadan Hijrah Selangor di Bilik Mesyuarat MTES, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 17 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Sistem tanpa tunai di bazar Ramadan, usaha Hijrah seiring agenda negeri pintar

SHAH ALAM, 17 MAC: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) melaksanakan sistem bayaran tanpa tunai sepenuhnya di bazar Ramadan kelolaannya di Seksyen 7 dan U3 di sini.

EXCO pembangunan usahawan berkata usaha dijalankan dengan kerjasama Beez Fintech Sdn Bhd itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Selangor negeri pintar menjelang 2025.

Rodziah Ismail berkata pengunjung perlu menggunakan kod QR ‘Bayarlah’ bagi kemudahan transaksi pembayaran daripada semua bank tempatan, Touch n Go dan seumpamanya.

“Sistem ini diguna pakai bagi menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi dan kemudahan teknologi dalam kehidupan harian,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAS) di sini hari ini.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail mencuba kod QR ‘Bayarlah’ pada majlis penyerahan permit niaga dan peranti ‘cashless’ kepada peniaga bazar Ramadan Hijrah Selangor di Bilik Mesyuarat MTES, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 17 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Menurut Rodziah, kaedah pembelian seperti itu lebih selamat selain menarik pengunjung bazar terutamanya golongan belia yang sering menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian.

“Orang ramai boleh kunjungi kedua-dua bazar Ramadan kerana kita mempunyai pelbagai pilihan juadah menarik dijual oleh usahawan Hijrah,” katanya.


Pengarang :