Penyelaras DUN Teratai. Alice Tan. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Perkhidmatan JKM di DUN Teratai setiap Rabu minggu ketiga mudahkan penduduk

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 MAC: Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai kini boleh beurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di DUN berkenaan pada Rabu minggu ketiga setiap bulan.

Pegawai penyelarasnya berkata program di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari memudahkan penduduk yang tidak lagi perlu berulang alik ke JKM Hulu Langat.

“Untuk memudahkan penduduk terutama warga emas kita bawakan kakitangan JKM ke DUN Teratai setiap bulan.

“Jadi kita mengalu-alukan kehadiran penduduk yang ingin berurusan dengan jabatan itu di PKM DUN Teratai mengikut jadual,” kata Alice Tan ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata program pertama telah dijalankan pada 15 Mac lalu dan seterusnya 12 April ini.

Katanya, antara urusan boleh dilakukan ialah permohonan bantuan bulanan dan kad orang kurang upaya (OKU).


Pengarang :