Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Fakhrulrazi Mokhtar ditemui pada program Jelajah Ehsan Rakyat di Pangsapuri Meru Ehsan, Meru, Klang pada 1 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Meru agih 300 Bakul Rahmah buat asnaf Sabtu ini

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 MAC: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru akan mengedarkan 300 Bakul Rahmah kepada golongan memerlukan sempena program Jelajah Ramadan Sabtu ini.

Wakil rakyatnya Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata edaran dibuat di tiga masjid sekitar DUN tersebut dengan setiap satu menerima 100 bakul berupa makanan asas.

“Setiap masjid akan menerima 100 Bakul Rahmah berupa makanan asas untuk diserahkan kepada keluarga asnaf yang merupakan kariah mereka,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan masjid terlibat ialah Masjid As Sharif di Meru, Masjid Al-Falah (Kampung Budiman) dan Masjid Al Barakah (Kampung Cherakah Jaya).

Dalam pada itu, katanya, program memasak dan mengedar bubur lambuk serta agihan duit raya kepada asnaf turut diadakan pada hari sama dengan kerjasama agensi seperti polis dan Kementerian Dalam Negeri.


Pengarang :