GOMBAK, 30 MAC: Dato’ Menteri Besar menyantuni kira-kira 100 anak muda Gombak dalam program moreh di Cabin JKP Zon 8, Batu Caves malam tadi.
Ahli Parlimen Gombak dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad turut meluang masa beramah mesra selain mendengar pandangan diutarakan kumpulan terbabit.
Terdahulu Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga wakil rakyat Sungai Tua menunaikan solat Isyak dan sunat tarawih berjemaah di Surau Al Hijrah, Taman Boltan di sini.
Beliau sebelum itu berbuka puasa bersama kira-kira 500 penjawat awam daerah Gombak selain menyerahkan bakul makanan Aidilfitri sumbangan Yayasan Petronas kepada 150 asnaf.
Dalam majlis sama yang berlangsung di Dewan Seri Beringin Seri Gombak, Amirudin turut melancarkan program Selangor Bertadabbur 5.0 anjuran Asatizah Selangor.