Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir membuat demonstrasi “hand swab” kepada salah seorang peniaga Bazar Ramadan Jalan PJS 1/30 ketika kunjungan beliau ke bazar itu pada 29 Mac 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBPJ keluar 71 kompaun kepada peniaga langgar peraturan pengendalian makanan

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 2 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan 71 kompaun, 212 notis dan 94 pindah alih kepada peniaga dalam kawasan pentadbirannya tahun lalu kerana melanggar peraturan pengendalian makanan.

Datuk Bandar Mohamad Azhan Md Amir berkata 6,061 pemeriksaan dijalankan PBT itu bertujuan memastikan pematuhan syarat lesen dan kesihatan dipatuhi peniaga.

“Menerusi pemeriksaan sejumlah 149 kesalahan dikesan dilakukan peniaga iaitu tidak mempunyai sijil suntikan Thypoid (TY2) sementara tidak memakai apron, penutup kepala dan berkasut (124 kesalahan).

“Selain itu 69 kesalahan babitkan peniaga tidak menyediakan tong sampah yang sesuai (bertutup dan diletakkan karung plastik) selain menggunakan khidmat pembantu warga asing tidak berdaftar (67 kesalahan),” katanya pada sidang media.

Terdahulu beliau membuat lawatan bazar Ramadan serentak melancarkan program ‘Moreh@PJ Love You’ di Jalan PJS 1/30 di Petaling Jaya pada 29 Mac lalu.


Pengarang :