EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada pemenang pertandingan video tiktok sempena sambutan Hari Kesedaran Autisme peringkat Selangor di KPJ Klang Specialist Hospital, Klang pada 2 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

EXCO: Cakna anak istimewa, dana RM5 juta untuk kebajikan, pendidikan

KLANG, 2 APRIL: Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan pendidikan kanak-kanak istimewa termasuk meningkatkan keupayaan golongan tersebut menerusi pelbagai program.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata komitmen Selangor dibuktikan menerusi peruntukan yang ditambah kepada RM5 juta berbanding hanya RM3 juta sebelum ini.

“Sejak 2018, Kerajaan Negeri memulakan program-program berbentuk pengupayaan dalam membantu keluarga dan guru-guru untuk meningkatkan keupayaan anak-anak ini termasuk bantuan khas didik Anak Istimewa Selangor (ANiS).

“Kita sedar untuk pendidikan anak-anak istimewa ini kosnya tinggi, jadi kita wujudkan pusat sokongan yang dilengkapi pakar kanak-kanak, pembelajaran dan pertuturan,” katanya.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud menyampaikan sagu hati cek cura kepada pencipta lagu OKU Selangor sempena sambutan Hari Kesedaran Autisme peringkat Selangor dan Pelancaran Buku Setengah Dekad: 5 Tahun Anis di KPJ Klang Specialist Hospital, Klang pada 2 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kesedaran Autisme peringkat negeri Selangor di KPJ  Klang Specialist Hospital hari ini. Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei.

Tambah Siti Mariah, setakat ini seramai 100 kanak-kanak menerima pendidikan khas di Pusat Prasekolah ANiS Seksyen 7 dan Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANiS dengan peruntukan kos RM1juta.

“80 peratus daripadanya merupakan kanak-kanak autisme dan mereka akan datang seminggu sekali dan akan diberi tunjuk ajar termasuk kekemasan diri serta latihan ke tandas,” katanya.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud merasmikan buku ketika Majlis sambutan Hari Kesedaran Autisme pringkat Selangor dan Pelancaran Buku Setengah Dekad : 5 Tahun Anis di KPJ Klang Specialist Hospital, Klang pada 2 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :