Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud menyerahkan sumbangan Ramadan kepada wakil masjid dan surau DUN Seri Serdang pada 1 April 2023. Foto Facebook Dr Siti Mariah
ADNSELANGOR

59 masjid, surau DUN Seri Serdang terima sumbangan Ramadan

SHAH ALAM, 4 APRIL: Sebanyak 59 masjid dan surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang menerima sumbangan Ramadan berjumlah RM224,000.

Wakil rakyatnya Dr Siti Mariah Mahmud berkata serahan cek sumbangan itu adalah bagi membantu aktiviti masjid dan surau sepanjang Ramadan tahun ini.

“Semoga dengan sumbangan ini bertambah lancar dan dipermudah urusan pengerusi surau, nazir masjid dan seluruh jawatankuasa dalam menyambut Ramadan yang mulia ini,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Pegawai Khas (Kebajikan) kepada wakil rakyat DUN Seri Serdang Islah Ismail memaklumkan sumbangan itu adalah tradisi tahunan DUN Seri Serdang yang mana masjid dan surau akan diberi bantuan untuk program Ihya’ Ramadan.

Ia terpulang kepada pengurusan masjid atau surau untuk menggunakan bantuan itu bagi membiaya aktiviti sepanjang Ramadan untuk untuk bayaran penceramah, moreh dan sebagainya.


Pengarang :