Penguat kuasa MPAJ memantau aspek kebersihan makanan dan kawasan menjaja di sekitar Pandan Indah baru-baru ini. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi
PBTSELANGOR

MPAJ kompaun lima peniaga gajikan pekerja asing di bazar Ramadan

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 5 APRIL: Lima peniaga bazar Ramadan bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang menggajikan pekerja asing dikompaun baru-baru ini.

Yang Dipertuanya Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata tindakan itu melanggar syarat dan sekatan yang dinyatakan dalam lesen dengan peniaga boleh didenda maksimum RM1,000.

“Kita akan terus pantau supaya hanya pemegang lesen sahaja yang berniaga dan setakat ini kadar pematuhan mencapai 80 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memaklumkan tindakan penguatkuasaan itu mengikut peruntukan Undang-undang Kecil 4(4)(c) UUK Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (MPAJ) 2007.

Jelasnya, operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan turut memantau harga, kebersihan dan pemakaian pelitup muka.


Pengarang :