Foto Facebook Laman Rasmi MRSM Gerik
AGENDANASIONAL

60 pelajar MRSM keracunan makanan, ayam masak merah disyaki punca

SHAH ALAM, 5 APRIL: Juadah ayam masak merah yang disediakan di dewan makan asrama disyaki punca 60 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik mengalami keracunan makanan sejak Isnin lalu.

Menurut Exco Kesihatan Perak A Sivanesan, insiden membabitkan pelajar tingkatan satu hingga lima menyebabkan mereka sakit perut, cirit-birit, muntah, dan sakit kepala, lapor Berita Harian.

“Temu bual dengan pelajar mendapati masakan itu sudah berbau semasa dimakan (pada Ahad), justeru disyaki ayam mentah sudah rosak sebelum dimasak memandangkan baunya tidak menyenangkan.

“Onset terawal dilaporkan pada 8 malam, hari yang sama (Ahad) dan onset terakhir jam 7 pagi keesokannya,” katanya menambah kesemua pelajar dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata sebanyak 10 sampel klinikal diambil dari dapur dewan makan asrama terbabit bagi dianalisis, selain arahan penutupan selama tiga hari mengikut Akta Makanan 1983 untuk pembersihan.

Pada Januari 2018, media melaporkan seramai 34 pelajar sekolah berkenaan terpaksa menerima rawatan apabila dipercayai mengalami keracunan makanan.

 


Pengarang :