AGENSISELANGOR

SAY pelawa asnaf, ibu tunggal sertai seminar usahawan wanita secara percuma 12 April

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 APRIL: Selangor Youth Community (SAY) mempelawa wanita golongan asnaf, ibu tunggal dan berpendapatan bawah RM3,600 untuk menyertai Seminar Usahawan Wanita Selangor secara percuma pada 12 April.

Ketua Pegawai Eksekutif SAY berkata seminar dengan kerjasama pejabat EXCO Pembangunan Usahawan  dijadual berlangsung di Grand Ballroom Hotel Sunway Resort mulai 3.30 hingga 6.30 petang.

“Seminar ini bertujuan memperkasa wanita asnaf, ibu tunggal dan B40 dalam bidang keusahawanan dengan memberikan ilmu, kemahiran dan sumber untuk menjana pendapatan melalui perniagaan.

“Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 100 peserta sahaja. Juadah berbuka puasa turut disediakan kepada semua peserta,” kata Nurul Azwa Mohd Rodzi.

Dalam majlis berkenaan, EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail turut dijadual melancarkan Liga Usahawan Wanita Selangor 2023.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi 018-359 3797 (Naim) dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan tinyurl.com/LUWS2023


Pengarang :