Ketua Pegawai Eksekutif ADMC Miranda Harumal (kiri) dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) menunjukkan bubur lambuk ketika program Infak Bubur Lambuk di Pusat Perubatan Ara Damansara, Shah Alam pada 5 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MBI, hospital swasta jayakan program infak bubur lambuk

SUBANG JAYA, 5 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang 500 bungkus kurma kepada Ara Damansara Medical Centre (ADMC) bagi menjayakan program infak bubur lambuk.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya berkata kakitangan anak syarikat Kerajaan Negeri itu juga membantu hospital berkenan mengedar bubur lambuk sekitar Shah Alam.

“Ini merupakan kerjasama pertama MBI dengan hospital swasta. Selalunya kita berkerjasama dengan agensi seperti Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Islam Darul Ehsan untuk program seumpama ini.

“Kita harap kerjasama ini akan berterusan pada masa depan sekali gus memberi manfaat kepada lebih ramai pihak. MBI juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk sebarang program kebajikan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor ketika menyerah sumbangan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ADMC Miranda Harumal berkata pihaknya menyediakan 4,000 bungkus bubur lambuk dan diagihkan kepada komuniti sekitar dan pejabat berhampiran.

“Ini merupakan program ketiga dan terbesar sejak dilakukan. Penyediaan bahan dibuat semalam dan proses memasak oleh petugas ADMC sejak pagi tadi,” katanya.


Pengarang :