Ahli Dewan Negeri (ADN) Elizabeth Wong bergambar bersama penerima pada program sumbangan Ihya Ramadan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan pada 3 April 2023. Foto Facebook Elizabeth Wong
ADNSELANGOR

DUN Bukit Lanjan peruntuk lebih RM60,000 laksana program imarah

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 7 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan menyediakan peruntukan berjumlah lebih RM60,000 untuk menganjurkan pelbagai program sepanjang Ramadan ini.

Wakil rakyatnya Elizabeth Wong berkata menerusi peruntukan itu pihaknya memberi sumbangan ihya Ramadan berjumlah RM41,000 kepada lima masjid dan 19 surau bagi menampung perbelanjaan dan pengurusan institusi berkenaan.

“Kita turut memperuntukkan RM15,000 menerusi agihan baucar beli-belah Aidilfitri dan bakul makanan untuk membantu penduduk dan fakir miskin di DUN Bukit Lanjan.

“Selain itu, kita juga menyediakan peruntukan berjumlah RM7,500 menerusi pengedaran 1,500 kupon Rahmah Ramadan untuk pengunjung membeli juadah berbuka puasa di tiga bazar terpilih.

“Sebanyak 500 kupon bernilai RM5 diedarkan di Selayang Utama pada 31 Mac diikuti 500 lagi kupon diedarkan di Damansara Damai pada 1 April lalu dan kita akan edarkan 500 kupon terakhir di Taman Ehsan pada Ahad ini,” katanya ketika dihubungi.


Pengarang :