Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sepang meninjau keadaan rumah yang rosak akibat ribut di di Apartment Angsana, Pulau Meranti pada 8 April 2023. Foto Facebook APM Sepang
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI biaya kerja baik pulih rumah terjejas ribut, peruntuk RM300,000

SUBANG JAYA, 9 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM300,000 bagi membaiki sebahagian daripada 122 kediaman terjejas akibat ribut pada kelmarin.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mangsa membabitkan penduduk di 60 lokasi sekitar Puchong dan Sepang selain turut menyebabkan 54 pokok tumbang.

“Bantuan MBI bagi membiaya kerja baik pulih rumah ‘landed’ manakala beberapa pangsapuri yang terkesan diurus pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Majlis akan lantik kontraktor segera dan dahulukan dana. Kos ini kita ambil dari peruntukan perumahan rakyat diumum perdana menteri semalam berjumlah RM35 juta,” katanya ketika program agihan baucar Rahmah Platform Selangor di bazar Ramadan USJ 4 hari ini.

Amirudin memberi jaminan kerja baik pulih kediaman terjejas siap dalam tempoh 10 hari dan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitiri.

“Malam tadi (semalam) kita sudah pasangkan kanvas sementara untuk hadang air masuk rumah jika hujan. Kita akan bantu supaya semua boleh beraya,” katanya.

Susulan kejadian terbabit, Amirudin menerusi media sosialnya memaklumkan penyelarasan bantuan kepada semua mangsa bagi meringankan beban.


Pengarang :