Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat, Ahli Parlimen Selayang William Leong dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 15 Alice Choo bergambar bersama 200 penerima bakul makanan di gelanggang bola keranjang MCA Green Park, Rawang pada 8 Mac 2023. Gambar FB Chua Wei Kiat
ADNSELANGOR

Ringan beban sambut raya, 200 keluarga di DUN Rawang terima bakul makanan

Oleh Azian Aziz
SHAH ALAM, 12 APRIL: Sebanyak 200 keluarga memerlukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang menerima bantuan bakul makanan sempena Aidilfitri pada Sabtu lalu.
Majlis anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 15 itu berlangsung di gelanggang bola keranjang MCA Green Park, Rawang.
Bantuan disampaikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat, Ahli Parlimen Selayang William Leong dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 15 Alice Choo.
Alice yang juga pengerusi JKP Zon 15 berkata sebanyak 400 bakul makanan berjaya dikumpulkan pihaknya dengan 200 daripadanya disumbangkan FFM Berhad dan selebihnya Sime Darby Plantation.
“Setiap keluarga terima dua bakul makanan mengandungi minyak masak, pelbagai jenis tepung, nasi himpit segera, pati minuman, gula, telur dan banyak lagi. Dua bakul makanan yang diterima setiap keluarga bernilai RM200,” katanya.
Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat menyampaikan bakul makanan kepada penerima di gelanggang bola keranjang MCA Green Park, Rawang pada 8 Mac 2023. Gambar FB Chua Wei Kiat

Pengarang :